Wednesday, 19 June 2013

Aku Lahir Miskin


Assalamualaikum w.b.t

Heyyo Ji-Ji !
Final exam week. 
Final paper just keliling selekoh itu.

Dulu, aku lahir miskin.
Famili miskin.
Lahir sepital kerajaan, free of charge.
Percuma tanpa cas.
Ayah, driver lori.
Mak, CEO.
Doing domestic work.
Duduk rumah, gaji mintak ayah.
Lahir lahir, kena balut dengan kain batik, kain pelikat. Carik-carik sikit.
Lobang nampak lutut gebu.
Menangis, disuap susu ibu. Susu tepung murah masa umur 3 tahun.
Cukup lima tahun, pindah kampung, dari bandar.
Pindah corok sikit. Try google map, tak jumpa.
Pergi kedai runcit, nangis nak beli kereta dash.
Ayah kasi gasing kayu.
Nangis mintak Gransazers, emak kasi chewing gum merah kuning oren, 20 sen.
Pergi sekolah kampung. Belanja 1 ringgit 50 sen sehari.
Makan nasi lemak, 50 sen. Air sirap, 20 sen. Pelahap sikit lagi, makan keropok lekor, 30 sen.
Untung masuk darjah lima, dapat RMT. Makan free, masa rehat.
Sepinggan.
Umur 13 masuk sekolah bandar Pilah, dapat biasiswa.
Anak anak tak mampu.
AF aku start dengan AF7, 1-6 memang takde.
Orang lain dah ada facebook, aku friendster pon tak kenal.
Orang lain dah ada kamera digital, aku filem kamera kotak tu pon takde lagi.
Orang sibuk internet siap malam, aku telefon rumah pon kena potong. 
Tak berbayar.

Aku rasa aku takde life. 
Bernafas, tapi rasa kosong. Tapi memang oksigen takde rasa. 

Aku rasa kampung. Artis ini tak kenal. 
Nak nak artis kulit yg terlebih terbakar, kulit kena clorox. Diam aja dengar lagu orang putih.

Aku rasa miskin ilmu. Lirik lagu orang putih sepatah haram aku nak tau.
Lagu melayu pon gagap.

Aku rasa buta fesyen. Gelap bab bab fesyen. Tak nampak.
Baju besar. Seluar londeh. Takde tali pinggang.

Tapi, hari ini aku rasa bangga aku lahir miskin.
Tak kenal dunia luar.
Takde masa nak keluar malam sangat, ada kelas mengaji dengan tok imam kampung.
Takde masa duduk depan internet, sebab habis masa main masak masak dalam longkang.
Tak dapat cuci mata, tengok peha orang.
Duduk kampung, atuk orang masjid, setiap petang bonceng moto pergi surau depan kubur.
Tak sempat atuk nak bawak pergi pekan, confirm dah tercabut tayar belakang.
Limit sampai surau je moto tu, arwah atuk dah setting.
*al-fatihah*
Nak naik bas memang tak dapat sampai malam. Pukul lima dah takde bas masuk kampung. Tak boleh merayau. Tak boleh masuk CC.

Aku dah biasa. Hidup kuno. Tak boleh ubah.
Alhamdulillah.


“Ya Allah, tolonglah aku agar dapat berzikir kepada-Mu (mengingati Allah), bersyukur kepada-Mu, dan memperelokkan ibadah kepada-Mu” 
Riwayat Abu Daud