Monday, 31 October 2011

#4 - Laugh Out Loud


Assalamualaikmu w.b.t and a very splendid day to all readers and viewers. 

" GOD create EARTH and HEAVEN while others are MADE IN CHINA " 

Ok ini hamba re-Quote ! Just for fun , dont take it too seriously lah :)

Entry hari ini tak payah nak panjang sangat lah kan. Idea tak mari.

Kbai.

Peace yo !

p/s : lets PRAY FOR ADELE - my favourite singer.

Sunday, 30 October 2011

penyu dibaham rusa

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1M 1D dan 1B.

mood : Happy Yang Terlonjak- Lonjak -.-"
cause : Negeri Kesayanganku Menang Piala Malaysia :D

At least ada satu piala untuk this season ! 


Nampak nya hamba macam dah terlambat untuk meng-'update' pasal ni. Hahah. Sebab lepas game tu terus layan my team MANCHESTER CITY v WOLVERHAMPTON. And apa yang membuatkan hamba bertambah teruja sehingga tak mampu lelapkan mata ialah MANCHESTER CITY berjaya mengekalkan jurang 5 mata dengan MANCHESTER UNITED ! *budak2 MU jangan mara haa* Mereka berjaya merakamkan kejayaan 3-1 walaupun beraksi dengan 10 pemain. *hebat kan ?hahah

For ManUnited lads : I LOVE NO. 6 !


Suka Sergio Aguero lebih ! hahah.


"KEJAP KEJAP KEJAP ! NAK STORY PASAL ManCity KE N9 NI ?
Btw Still BLUE MOON ROARS ! Hahah. Senang sangat tersasar. Pon boleh :)

Disobab an ese ni lahir ngan dibosa an kek nis milan so, ese nak speaking nis milan. Mano2 ko sapo2 yg tak paham nanti request ese tuk buek an subtitle bawah ni ha. Ok ? *to be frank, hamba tak berapa pro nak bercakap NOGORI ni. boleh kira 20% je la.hahah* Baek la. Mano nak di mulo eh ni ? Ok la. Lopeh yo Si Abang Ensem Ashaari score goal first tuk Ponyu tu tadi , ese toruih yo tutup TB. Sodih ngan patah hati lak ghaso eh. Dah lak TB ni mcm nak mampuih yo gambar eh. Nengok gamba masing2 macam ado 3. Huh ! Elok yo ese sampai bilik dah ado yg koba an dah 1-1. Ese tak cayo. Baco statu FB masing2 sumo kengkawan baru la ese cayo. *donga eh Sarbinee macam nak tangkap itik maso tu.bola eh melanton* Lopeh yo tu, somangat tu datang lak. Duk ngadap TB yg bugok ni balik. *sorry JPA* And akhir eh abang ese Hairuddin Omar yang stylo abih score ngan first timer yg sumpah terbaik. Mengango lah Sarbinee dan Irfan Bakti :)
*cukup takat ni dulu.persoalan eh , faham tak? hamba consider korang faham lah.hahah*

"Saya rasa tahun 2011 , tahun Terengganu." - quote terbaik dari ladang.
Heheh.

3 tahun berturut-turut lah der !

P.E.A.C.E yo :)

P/S : sayang HAI-O lebih di sini !

Saturday, 29 October 2011

Madah Pujangga Bergambar



Assalamualaikum w.b.t dan salam 1B , 1D and 1M ! *all in one*
Hahah. 

"Diharapkan pembaca2 sekalian sihat dan gembira selalu hendaknya. Semoga hidup anda hari ini dipenuhi dengan keceriaan dan senyuman. Tampak nya hamba sangat menghargai kehadiran anda dan kebaikan anda untuk singgah blog hamba ini. :)"

 "Sudah lah sudah. Tak boleh bodek banyak2. Kena simpan untuk next entry pulak. Hahah."

OFF TOPIC nampaknya di situ ! 

Jom lah kita kembali ke landasan dan terus ke titik. *google translate : straight to the point.lol

Hamba yang tengah duduk tu ya ! *tiba2 rasa nak bagitau.hahah*
Semua yang di sini sudah di punyai nye punn :)

Nothing to say.But I'm missing them like crazy.

Strive to be the greatest. Or else you'll left behind.

My beautiful little eye. *baju batik lawa*

Jiwang pulak. *favourite song okay !*

Comel siot ! *puji diri sendiri boleh?*

Akhir2 ni selalu pulak hujan lebat kan ? hahah.

8 for this post. More to come. Peace yo then !
...............................................................................................................................................................
TAMAT
*Simple Punya Post ! Nampak Kemalasannya Di Situ ! Hahah*
..............................................................................................................................................................


p/s : niat di hati nak jadi RETIS ! boleh kah ? hahah. *keep trying
       btw add me on FB and follow on Twitter ya. *promote diri pon bolehhh !*

Thursday, 27 October 2011

smoking : stylo derr !


Assalamualaikum w.b.t dan salam One Malaysia (1D). Selamat sejahtera readers and viewers sekalian.
*lama tak bagi salam kat blog sendiri.hahahaha*

mood : rindu sekolah ! *gambar tiada kena mengena nampak nya.lol*

Dengan segulung tembakau berapi di celahan bibir nya itu, dia berjalan dengan angkuh sekali. Aku berdiri kaku di situ memandang dengan muka yang menjengkelkan. *sambil buat gaya TAKNAK MEROKOK* Nampaknya budak itu tidak puas hati dengan aku. Dia melangkah mendekati aku. Aku tak gentar, malah aku semakin berani. Kerna aku tahu dia lebih muda dari aku ! Berbekalkan bibir hitam dan muka yang ala-ala tapak kasut Paul Smith aku ini, dia menghembuskan asap ke arah muka aku ! "Dem!" hatiku mencarut. *sorry.sambil aku mengibas2 asap itu* Bila pandangan kembali jelas, aku lihat dia tiada. *guna teknik asap macam dalam Naruto nampak.hahah* Lantas hati ini kuat memekik, " STYLO HABIS DENGAN DUNHILL LIGHT KAU TU ?"
*nampaknya kisah ini takda kena mengena dengan sesiapa : Si Hidup mahupun sebaliknya.huhuh*

Persoalannya : "Stylo ke merokok ni?" Hamba tak rasa macam tu pun. Hahah. *pandangan jujur dan tulus* For me, agak buruk jugak rupa nya kalau orang duk smoking ni. Nak2 kalau Si Wanita yang menghisapnya. Tak diterima dek akal ku ! Setelah beberapa pertimbangan, hamba rasa boleh diterima akal lah jugak dengan smoking seseorang itu akan nampak lebih LELAKI nya dan lebih GAYA nya serta lebih DEWASA nya. Itulah sebab youngsters ramai nak smoking. Konon nya dah dewasa lah kalau merokok. :p 


What does it mean ? Somebody...........

Semua pun tahu MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Even kat setiap kotak rokok pon ada terlukis gambar2 efek2 merokok. Tapi.......no effect on smokers. Apa2 pun pandai2 lah jaga diri sendiri. Kita sendiri tahu baik buruknya sesuatu untuk diri kita sendiri..:)

Is it clear ? ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK ! *scary.lol*

One thing , hamba teringat. Bak kata orang kalau nak merokok tu pergi jauh2 ! Jangan dekat2. Cari bilik kosong and hisaplah puas2 dalam tu. *lain macam bunyinya* Main point nya kat sini, KAMI TAK NAK JADI PEROKOK PASIF ! *kalau tak tau maksud perokok pasif just google up.hahah*

In brief, hamba tak kisah sangat kalau anda2 mahu merokok ke. Masing2 sudah pandai berfikir kan ? Hahah. Ok lah. Not to be biased, hamba tak ada restriction pon kalau nak berkawan dengan golongan2 ini. Selagi hamba tak terjebak. *insya-Allah* Huhuh. BTW Ingatlah Orang Yang Tersayang. 

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. [sumber]

TAK PAYAH NAK STYLO SANGAT LAH KAN, BERJUBAH PERGI SURAU LAGI STYLO :D 

Peace yo !

p/s : hamba ex-perokok !

Thursday, 20 October 2011

#3 - Laugh Out Loud !



Assalamualaikum w.b.t and diharapkan anda2 akan terus tersenyum. Hahah.


Peringatan : Post kali ini agak 18sx. So parents' guidance diperlukan untuk kanak2 bawah 18. Hahah.
*budak2 tengok caption macam ni makin cepat diorang nak scroll.hahah*

^
^^^ 
^^^^^
^^^^^^^
^^^^^
^^^
^
^^^
^^^^^
^^^^^^^
^^^^^
^^^
^

Second Gentle Reminder : Below 18 Please Do not Scroll Down !

[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]
[]


Ini dah semakin keras dah ni. Third Warning : Don't Scroll My Adik2 !

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/


Eh ! Sampai jugak adik2 ni ye ! Hahah.
Nak sangat tengok kan ?
NAH AMBIK KAU !


Tak perlu kata apa2. Senyum :)

One thing hamba nak komen, KREATIF.
Hahah.

Tak nak tulis banyak nanti lain jadi nye. Heheh.
So, kata2 akhir pupuk lah diri kita untuk menjadi kreatif, inivatif dan paling penting berFIKIRAN TERBUKA.
*tiada kene mengena nampaknya.lol*


Peace yo !

p/s : Maaf sekali lagi kalau post ni agak inappropriate tuk dilihat, dibaca dan direnungi. Hahah. Ini hanya sekadar hiburan ringan :)


Sunday, 16 October 2011

bila bicara bermula.


Assalamualaikum and a great day wish for you guys. 
"WORDS AROUSE,
but also WORDS KILL.
WORDS ENLIVEN,
but also WORDS HURT."


RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Setiap bicara kita itu diambil kira. Kalau baik bicaranya, maka baiklah jawapan nya, serta vice versa. Sementara sebahagian kita, tidak tahu apa kah sebenar kekuatan setiap perbicaraan dan tutur kata itu. Merujuk kembali hadis di atas, TUTUR KATA mampu membawa kita ke NERAKA. Jelas terbukti, bibit2 bicara kita itu adalah penentu kepada kesudahan yg baik atau tidak. *insaf hamba.lepas ini cakap kena baik2* Jika baik bicara nya insyaAllah baik ganjaran nya.

"Tiada pedang tajam yg bisa membunuh setajam kata2."
 Orang kata *bukan hamba kata* , bila bercakap tu jangan nak ikut SEDAP MULUT meluahkan je. Hahah. At least fikir lah dulu keadaan sekeliling. Dengan siapa kita bercakap. The key point here is RESPECT. Bila kita hormat seseorang besar kemungkinan kita akan kurang kan sikit lah tahap keceluparan kita itu. Heheh. Orang kata *orang kata lagi,bila hamba pulak nak kata.hahah* CAKAP SIANG PANDANG2, CAKAP MALAM DENGAR2.

On the other hand, kita bercakap eloklah ikut ilmu dalam dada tu. Jangan nak BAJET PANDAI nak cakap benda yg sebenarnya kita sendiri tak tau. Hahah. For instance, budak darjah 5 nak lawan dengan budak F5 pasal Add Math. Memang tak lah kan budak tu nak betul. Heheh. But, itu yg hamba nak tegaskan, ukurlah baju badan sendiri. Bercakap pun kena lah UKUR ILMU di dada. DIAM itu adalah lebih baik. Makin kita bercakap makin BANYAK KHILAF yg kita buat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Guna kan mulut anda sebaiknya. *sorry guys curi gamba mulut*
Hamba rasa cukup lah setakat ni. Sebab takut makin banyak tulis makin banyak khilaf. Hahah. Apa2 pun, teruskan senyum dan teruskan buat orang lain tersenyum. Bicara lah dengan sebaik-baik kata. Kerna itu lah cara menghargai kurniaan-Nya. *banyak2 zikrullah* . What you say is who you are !
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan.”
Peace Yo ! 

p/s : entry yg paling lama hamba tulis..:D

Wednesday, 12 October 2011

lelaki vs perempuan : siapa yg hebat ?!

Assalamualaikum and pleasant day ahead for all readers. Plus A 1D greet for all of you :) 
"Dan janganlah kamu terlalu mengaharapkan (ingin mendapatkan) limpah kurnia yang Allah berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan dan atau pangkat kebesaran). (Kerna telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan : maka (berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu" - AnNisa 4:32
Pertaining to the Verse above, in brief, hamba construes that both men and women have our own rights and means of living. But one thing we should fully understand is that we women and men have our responsibilities on each other. *in mood for my IELTS exam, so nak try speaking laa*

Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik. *gambar sekadar hiasan*

Lelaki itu dijadikan secara lumrahnya sebagai pemimpin. Maka pimpinlah perempuan2 itu dengan sebenar-benar kePIMPINan waja. Lagipun apa guna lelaki ini dijadikan 9 akal, meanwhile perempuan hanya 1. Ayuhlah tonjolkan kePANDAIan kita mendidik ke jalan yang lurus. Lelaki itu sejak azalinya berani. Marilah pertahankan keperibadian perempuan dengan keBERANIan itu. Sememangnya kita lelaki ini ego. Manfaatkan keEGOan itu dengan menggengam amanah Allah membela perempuan2 itu.
*konon nak berpuitis lah hamba ni hahahah*

"Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Mereka itu adalah golongan yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu : ayahnya, suaminya, abangnya dan anaknya."

On the other hand, perempuan jua, anda diciptakan sebegitu indah. Biarlah rupa seINDAH peribadi. Perempuan itu penyayang. SAYANGilah lelaki2 ini, turuti perintah Allah untuk kami.Penyeri lelaki adalah perempuan. SERIkanlah kehidupan kami dengan lilitan hijabmu membentuk manisnya wajah itu. Lelaki pun tahu perempuan itu setia. Makan SETIAlah anda di jalan redha Allah ini. 
*penat fikir ayat bunga2 ni*

Tribute to ayat bunga2 hamba. LOL
In brief, it is neither men nor women, who are greater. Setiap dari kita ada kekuatan dan kelemahan masing. For some extent, both man and women are interdependent to each other. Tiada kurangnya kalau kita dilahirkan sebagai lelaki / perempuan dan tiada lebih nya jua jika kita lelaki / perempuan. Syukuri lah.:)
*Alhamdulillah*
"Orang2 lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang2 perempuan pula da bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yg ditinggalkan itu: iaitu bahagian yg telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah) " - AnNisa 4:7 
Wallahualam :)

Melentur buluh biarlah dari rebungnya :)

-peace yo!-

Friday, 7 October 2011

#2 - Ayat Pilihan

Assalamualaikum w.b.t. and salam penghulu segala hari.

Semoga anda2 akan terus dilimpahi rahmat Allah s.w.t pada hari mulia ini. Banyak2 kan berdoa : doakan kesejahteraan diri, ibubapa, ahli keluarga, guru2, rakan2, umat Islam dan seluruh ciptaan Nya.
*doakan kebaikan orang lain kita pun akan dapat kebaikan*

Macam segmen Motivasi Pagi pulak.
*Hahah. ada bakat ke ?*

Just straight to the point, today hamba wanna share an Ayat from Surah Al-Baqarah verse 268. From what hamba can interpret roughly *kalau nak detail tanya lah ustaz ye* this verse is specifically told us how devil tried to obscure our mind, by inciting that donation is just a waste of money. While on the other hand, Allah promised for those who are kind-hearted, regular-donor, will get His forgiveness. And beware that all the stingy and illiberal habit are devil's.*sorry ter-speaking London pulak*



|
|
|
|
|
|
\/



Fikirkan dan muhasabah.
Sama2 kita saling mengingati.

Didik diri maka terdidiklah peribadi !
*macam pernah dengar pulak ayat ni. hahah*

Apa apa pun PEACE YO !


p/s : Jangan lupa potong kuku hari Jumaat ni..:)

Wednesday, 5 October 2011

siapa kawan kau ?!

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Direction.
*Salam 1 Malaysia pon bolehhh :)*

Oh budak2 ! zaman ketidakmatangan :p

Kawan satu frasa yg takkan pernah mungkin lari dari bibir kita. Memang satu keajaiban lah kalau ada yang tak tau maksud kawan. Kalau hamba nak mendefinisikan sendiri tu takut merapu lah pulak. Hahah. Tapi tak apalah , from my side of view lah kan, kawan ini adalah sekumpulan atau seseorang kenalan yang berada dalam lingkungan kehidupan kita dan tidak pula mempunyai hubungan darah. *siapa2 nak exam jangan percaya definisi ini. hahah*

Untuk pengetahuan lah kan, hamba memang akan cepat menitis kan air mata kalau bercerita bab2 famili dan kawan2 ni. Hahah. *macam kelakar kalau laki kuat nangis, tapi apa ada hal ini dunia aku yg pegang* Biasalah tu bagi budak2 SBP *bangga* yang selama hidup ini hanya bergantung pada kawan. Mungkin pada saat itu kawan melebihi kepentingan keluarga itu sendiri. Jadi tak hairanlah kalau segala masalah dikongsi bersama kawan2 dan bukan nya keluarga utamanya.

Bagi hamba, the point where we start to know the real meaning of friends is during our teen years. Sebab pada masa itu lah kita akan bertemu dan berkenalan dengan ramai orang. So do me. *bukan sodomy ye* Hahah.

I remember a quote :
"Semalam kita berkawan kerana kenangan silam. Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam. Esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan. Hari2 kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam. Tapi andai esok tiada lagi, kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan."
Membina ikatan kawan itu memang mudah. Tapi nak mencari siapa sebenarnya kawan dan siapa lawan itu lah yang menyukarkan. Sudah selalu juga hamba jumpa KAWAN yg MAKAN KAWAN. *takada benda lain nak makan ke?* So far so good lah untuk hamba. Lagipun hamba jenis yg agak choosy dalam berkawan, so semua member2 sekarang memang masyuk lah. Back to the main story, istilah KMK (kawanmakankawan) ni selalu dah hamba tengok dekat FB, Twitter etc. Konon nya si kawan curi pakwa or makwa diorang. Hahah. Rubbish.

Hamba pun pernah merasa jugak. Memang terputus lah ikatan kawan to for months jugak. Dalam masa tu kalau boleh nak je bagi dia makan selipar. *penangan seorang kawan* Tapi lama2 baik balik. Begitu kuat ikatan seseorang yang betul2 menghargai kawan kan, SEBESAR MANA PUN PERTELINGKAHAN ITU PENGHUJUNG NYA MEREKA PASTI BERBAIK. Tapi hanya masa yg menentukan.

Sorry muka sangat huduh :p LOL

Ada jugak KAWAN yg MEMPERGUNAKAN KAWAN. For instance, orang yg kaya2 dan cantik2 lah jadi mangsa. Mereka2 ini akan didekati semata-mata untuk mendapatkan kesenangan, populariti dan pengaruh. Bila dah dapat apa yang diingini dan rasa si cantik/kaya ni tak diperlukan mulalah si dia ni menabur fitnah. Konon nak menjatuhkan si cantik ni. Itulah realitinya. Dan hamba pernah lihat dan mendengar nya sendiri. Pathetic ! *fyi i'm a good listener and motivator too. hahah*

Hamba rasa cukup buat masa sekarang. Kata-kata akhir, pilihlah teman sebagai mana kamu memilih pakaian, kamu pasti akan memilih yang terbaik bersesuaian dengan kemampuan sendiri. Bak kata mak, kawan yang sebenarnya kawan tak melihat pada kekayaan atau kelebihan, tapi melihat dari sudut keikhlasan dan adab kita sendiri. Berkawan biar beribu. Bersahabatlah kerana Allah s.w.t :)


Hebat boleh pasang sampai 9 tuuu ! Hahah


"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" - Riwayat Abu Daud
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima Allah" - Riwayat Muslim
"Dimanakah orang2 yang berkasih-sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku perlindungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari tiada lagi naungan kecuali nanungan-Ku" - Riwayat Muslim

Sampai sekarang kalau hamba nak keluar rumah dengan kawan2 mak mesti tanya
"Siapa kawan kau ?"

Sunday, 2 October 2011

#2 - Laugh Out Loud !

Assalamualaikum. 
Salam Satu Malaysia sahabat2 blogger dan pembaca sekalian.

Harap2 anda akan terus tersenyum hari ini hendak nya.


Kalau tak senyum terpaksa lah baca post ni sampai habis.
*yang dah senyum pun teruslah baca ya*


Hamba just wanna share this photo

|
|
|
\/

Sorry tuan kedai..kalau nak typo pun agak2 lah ye..:p

"MAGGI GERONG"
*adik beradik Merong Mahawangsa kot*
Heheh

If hamba isn't wrong, it is supposed to be "MAGGI GORENG" , right ?
Tapi entahlah kalau betol2 ada menu macam ni sekarang.
Hahah.

Apa2 pun. Teruskan tersenyum :))
Peace yo !


p/s : Credit to my friend *Faiz for capturing such a great "typo-ing" picture. This restaurant located somewhere in Seremban or KL, I think (kalau rasa2 nak cari la) Hahah :))