Thursday, 25 August 2011

tengah buat lah ni !

Pakcik Ali sedang duduk berehat bawah pokok kelapa menghadap lautan yang luas lagi damai nan indah ! Tiba-tiba dia didatangi Pakcik Abu.

Abu : Ali jom lah kita ke laut ! Cari ikan.
Ali : Malas lah. Buat apa ?
Abu : Cari ikan lah. Kalau dapat boleh beli bot besar sikit.
Ali : Bot besar sikit ? Buat apa ?
Abu : Kalau bot dah besar senang nak pergi laut dalam sikit.
Ali : Laut dalam pulak. Buat apa ?
Abu : Laut dalam dapat banyak sikit ikan.
Ali : Ikan banyak pun nak buat apa ?
Abu : Boleh jual. Dapat duit lebih boleh upah pekerja sendiri.
Ali : Dah tu ?
Abu : Ramai pekerja banyak lah hasil kita dapat. Banyak hasil banyak lah duit nya.
Ali : Duit lagi. Buat apa ?
Abu : Duit banyak boleh lah tukar rumah baru. Pasang air-cond ! Boleh kita relax2 lepas tu.
Ali : Aku tengah relax lah ni !
Abu : *wondering !

Pakcik Ali terus lelapkan mata sambil ditemani deruan ombak yang menghempas pantai. Pak Abu masih di situ memikirkan apa kah maksud perbualan mereka.

*tolonglah Pak Abu untuk memahami perbualan diorang tadi !
Hahahahah

PEACE


Tuesday, 23 August 2011

ayuh kembali ke sekolah !

Jom ikut hamba ingat zaman2 muda di sekolah rendah :))

SALESMAN...
dulu2 mesti ada punya lah salesman yg datang sekolah bawak kertas list buku yg dijual...kalau nak beli kena pangkah dalam kotak and bawak duit sekali...masa ini memang merayu dekat parents mintak duit walaupun tak tahu apa2 pasal buku yg di beli tu..kadang2 ada juga salesman jual susu !! hahah.. ~ prosedur sama ~

NILAM...
masa sekolah rendah lah semangat membaca..buku nilam tu sampai dua tiga kali buat extension..punya semangat..padahal buku tu tak baca pun..hahah (sama macam hamba lah setahun sampai 200 buku) masuk library carik buku2 yg banyak gambar2 drpd tulisan !! most favourite books masa tu = Enid Blyton :)

RMT..
makan free..hahah..tapi masa ni tak kesah sangat kot pasal RMT ni..sebab makanan lain semua murah2..tapi yg exciteed nya bile dapat RMT ni ada susu free :))

ALAT TULIS..
pencil case...beli yg boleh buka atas bawah..ada sharpener tengah2 tu..tak pun yg bentuk kereta..bosan2 boleh buat2 drive kereta dalam kelas..hahah..pemadam..biasa nya pemadam ni orang jaga..sebab nak main lawan pemadam..sampai ada liga lagi..heheh..pemadam kira macam asset kehebatan seseorang masa tu.

PERMAINAN..
mesti ingat keluar sekolah terus cari JoJo tak pun Dindang (tak tau macam mana eja) ! kadang2 sampai tak makan kantin sebab nak save tuk beli JoJo...hahah..lagi satu yg popular main kumpul sticker pokemon :)


Tapi itulah. Hamba bersyukur dapat lalui kenangan macam ini. Budak2 sekarang dah moden tak sempat merasa kehidupan macam ini. Masing2 ditemani PSP , iPad dan macam2 lagi. 

Jangan sengih2 ingat zaman muda ye !

komen apa yg menarik tentang zaman sekolah rendah anda :)

Monday, 22 August 2011

SSDS#2(I Who Have Nothing)

I who have nothing ! One of the song that had touched my heart ! 
So, we gonna look at the differences between the arrangement of decades before with the present time :))



VS




Which one is better ? Hahah. 
Hamba still wanna vote for my Idol : Haley Reinhart !

Enjoy with the song :))

newBOND !









Together We Fly
~ ICON ~

Friday, 19 August 2011

HARUS lah !

This post hamba dedikasi kan special for the girls ! Hahah.

! PERIGI cari TIMBA !


Heheh. Apa pendapat anda2 reader sekalian? Hamba tau masing2 ada pendapat tersendiri, so hamba just wanna speak out my opinion on this ! Tiada salah nya hamba rasa if mana2 perempuan yg mengejar lelaki. Sebab dalam agama tiada dalil yg melarang tapi itulah adat yg memandang perkara ini sebagai sesuatu yg out of the mind :)

Reasons :p

FIRST... 
Memandangkan sekarang perempuan2 sudah bekerjaya so, it's OK for them untuk demand for their own best! Ada yg jadi CEO, ada yg buka firm sendiri... 
So at the mean time, boys yg pangkat sedikit rendah tu akan takut nak approach. 
Jadi, tugas perempuan lah nak approach sebab lelaki sekarang dah pemalu :)



SECOND...
Contoh yg terbaik hamba dapat bagi. Siti Khadijah. Isteri Rasulullah s.a.w. 
Diceritakan bahawa Khadijah telah tertarik dengan Baginda dan Khadijah berhasrat untuk menyatakan perasaan nya itu. 
Untuk merealisasikan keinginan nya  itu, Khadijah telah menghantar beberapa orang wakil untuk propose Baginda. 
Alhamdulillah mereka bertemu jodoh.

THIRD...
It's more about effort ! Hahah. Cuba bayangkan kalau seorang anak dara yg sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin. Alasannya, tiada lelaki yg propose dia. 
Kalau dah siang malam terperap dalam bilik. Tak keluar rumah.
Tak bergaul dengan komuniti.  Tak tunjuk muka dekat abang2 macam mana diorg nak kenal. 
So mana jodoh itu nak datang. 
Semata-mata sebab terlalu takut dipanggil perigi yg mencari timba :))

Tapi itulah... Anda perempuan2 sekalian, dalam usaha mencari jodoh, jangan lupa akan batas pergaulan dan akhlak sebagai seorang perempuan.

Daripada beberapa info yg hamba dapat hukum perempuan itu mencari jodoh nya sendiri adalah HARUS !

p/s : maaf kalau ada pandangan hamba yg menyakitkan. And ini hanya pandangan peribadi dari hamba berdasarkan beberapa perbincangan yg hamba sempat join and tonton. 
PEACE :)
-entry panjang-

Wednesday, 17 August 2011

silent wish :)





p/s : simple wish for my best-friends bornday :))
"may God bless you...and hopefully this bond is long-lasting..."

Monday, 15 August 2011

kau apa ada???

situasi : si Kaya menolak si Miskin sampai terjatuh !

kaya : Ke tepilah orang Miskin! <ganas beb!>
miskin : Kaya sangatlah kau? 
kaya : memang lah Kaya! kau tu yang Miskin! <meluat dengan Miskin>
miskin : apa yang kau ada?
kaya : tak nampak tu Lamborghini Sesto Elemento aku tu? <muka berlagak>
miskin : bukan boleh pergi jauh pun.
kaya : eh! kau apa ada? dengan kereta ini aku pernah jalan pusing dunia lah! 
miskin : pusing dunia?
kaya : daripada kau! pakai baju kotor kutip tin! apa yang kau ada? <menjeling>
miskin : aku ada IMAN. boleh bawa aku masuk syurga. <sambil buat muka comel :) >
kaya : ....................... <speechless sambil tarik shawl tutup rambut>

p/s : Lamborghini vs Iman :)))

Hitam Putih Kehidupan :))

kisah tidak berjudul/part 4

“Hoi! Lily apa bendanya. Ini akulah, Jay. Berangan lagi kawan aku ni,” Jay bersuara. Ternyata mendengar suara Jay sedikit menghampakanku.
“Terkejut akulah. Mana ada berangan. Spontan,”balasku sambil cuba menyembunyikan kenyataan sebenarnya.
“Tak kesahlah. Kenapa kau lambat? Puas aku kejut kau tadi. Lagipun kau dah terlepas persembahan hebat tadi. Yuna ada. Hujan. Tak apa yang penting kalau belum terlepas tengok persembahan Band Diddy. Dia kata dia tujukan khas tuk kita semua. Mesti seronok punyalah,”terang Jay panjang lebar.
Aku tak menghiraukan kata-kata Jay kerana aku sedang memikirkan benda yang lebih penting. Hatiku gusar lalu beredar meninggalkan Jay. Walaupun agak biadap tapi aku tak boleh berlengah lagi.
“Hei! Zack! Kau dengar apa aku cakap ke? Siapa yang kau nak jumpa sangat ni? Zie? Takkan kau tak tahu. Dia dah ada bf  baru lah! Tapi jom cari makanan dulu, aku laparlah. Makanan kat sini semua sedap- sedaplah, ” kata-kata Jay dalam nada yang agak menjengkelkan. Aku dapat merasakan dia kurang selesa dengan perlakuanku tadi.
Aku menoleh. Merenung tepat ke mata Jay.”Jay, aku rasa aku dah buat keputusan. Hari ni aku nak terangkan segalanya dekat Lily. Dan aku harap kau tak menghalang.”
Aku menarik muka lalu meneruskan pencarianku. Penat juga ku mencari. Tak juga aku jumpa. Di mana Lily. Tak mungkin dia tak datang. Kate pun tak kelihatan.
“Hello guys,” aku terdengar suara Kate melalui pembesar suara. Aku mencari dan kelihatan Kate di atas pentas sambil teresak-esak.
I know that you are enjoying yourselves but  I’ve got something to tell. Maybe it will be a little hard,”terang Kate dengan nada perlahan.
“Apa yang Kate nak cakap ni?”bicaraku sendirian sambil mencari ruang untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.
Actually it’s...about Lily. She met up an accident on her way here. And....she just couldn’t make it. She...she left us,”jelas Kate sambil menitis air mata sebelum Diddy menenangkannya.
Aku tergamam. Senyap dan sunyi seketika dewan itu. Kaku. Aku merenung Kate dan seterusnya Jay. Aku seakan tidak mampu mempercayainya.
Jay mendekatiku. Dia faham perasaanku. Kate turut bersama. Cuba menenangkan aku. Aku tahu menangis di khayalak memang sesuatu paling teruk pernah aku lakukan. Tapi aku tak mampu menahan air mataku terus mengalir.
Pada saat itulah semua orang tahu betapa aku memendam perasaan terhadap Lily.
“Jay kenapa? Kenapa mesti malam ini?”acap kali aku mengulanginya. Mereka hanya membisu.
Aku dapatkan rasakan sesuatu. Hatiku berbisik. Tapi itu tak mungkin.



Terus akan bersambung :)))

Sunday, 14 August 2011

teletubbies di FB

Baru hamba tau teletubbies tu MELAYU :)))
friends hamba lagi...SUPRISED

*Teletubbies yg berjaya di kesan =>
Kuning. Teletubbies pertama yg dedahkan identiti :))
terkojot DEN!


Merah pun ada. Apa name teletubbies ni ek ? 

Merah memang ada 2 ke dalam teletubbies??


Syok shopping ke? Purple pun join jugak~

*bila TELETUBBIES berbicara.
melayu rupa nyaaaa :))

Perempuan ke teletubbies kuning ni???
And 1 more, cantik ke kau???

Memang comel. Cuba try bukak kostum tengok comel ke tak?


Bajet lagi! Untung lah comel time pakai kostum :)))


Rupa2 nya HOTXAGARK crew la teletubbies ni.

Apa2 pun. Hamba minat POWER RANGERS!

Saturday, 13 August 2011

Jom tambahkan FOLLOWER!



Hasil daripada blog-walking. Jumpe segmen baru "Jom tambahkan FOLLOWER!" host by blog Software for Dummies. Apalagi hamba pon terbuka hati nak join. Hahah :)))


Peace yo!!!

petang hingga pagi

Gathering buka puasa dengan kroni2 GIGSX dekat Mid Valley. 
Hamba memang really2 enjoy that moment :))



1730. Going by bus to Kelana Jaya LRT Station. Hamba memang depressed all the way ke KJ ni.
*Traffic jam
*Ada pak cik muntah2 dalam bas tu
*Driver yg agak annoying
*Perjalanan yg sepatutnya 15 minit jadi 60 minit
*My friends keep asking me where am I

1830. By LRT to KL Sentral.

1900. Arrived at KL Sentral and going straight away to KTM.
*KTM penuh. Macam sardin der dalam tu. 
*Made up my mine nak take taxi to Mid.

1930. Baru dapat taxi. After half an hour.
*Thanks to Akak Cun sebab tolong tahan and pay for the taxi. :))

1945. Domino's Pizza. Buka puasa. Hamba yg paling lambat sampai :((
Sorry guys :))

Seronok nya masing2. Entah apa orang dalam Domino's tu cakap :))

Abang Amzar ni pandang macam nak bolot semua. Sabar2. Hahah

2030. Lepak Carls Jr. pulak. Makan lagi :)))

0000. Midnight movie. Zookeeper :)) Berbaloi. 

18 orang. RM 216. Abang kaunter cuak masa hamba order tiket  untuk 18 orang.
Alhamdulillah dapat seat paling depan. Kah3

0200. Movie ended. Wishing Akak Syadia "Happy Birthday"


video

0230. By foot to Universiti Malaya :)) GPS needed. Seronok jalan kaki tepi highway. Hahah

Akak kawasan. Dee led our group :)) 

Guna kan jejantas as port to take photos :))

Birthday girl :)) Congrates!!

0300. Sampai UM. First2 cuak juga kalau2 pak guard halau kitorg masuk. Tapi pak guard UM the best. Hahah. Lepak UM gila syok :))) Thanks dak2 UM -.-

This story ended as we closed our eyes at 0430.


Thursday, 11 August 2011

sakittttt je beb!

What The Fish Man!!! Kenapa ingat hamba Arlene Tan ke nak hack2??Oopps. Sorry..Spontaneous Thursday!!!kah3



Memang menguji kesabaran betul lah. Tak pasal2 hamba punya FB tiba2 blank. Agak **** budak2 zaman sekarang. Baru cerita dengan geng pasal2 hacking2 ni. Last2 hamba yg jadi mangsa!!!!
Malas nak cakap banyak. Hati terbakar. Nasib baik Ramadhan :))
Mulut tak berhenti menyumpah. Astaga :))

"Ya Tuhanku. Kau buka kan hati si HACKer ni. Semoga terbuka hatinya supaya berhenti menyusahkan orang"

aminnnnn :))

Wednesday, 10 August 2011

seratus sudah !!!!



kegembiraan sebelum berbuka...hamba punya follower dah sampai 100 :)) bangga la jugak kan..tapi kalau dibandingkan dengan otai2 tu memang nampak sikit..hahah :)) apa2 pun 100  dah tercapai...aiming for 1000..hohoh :))


[Image1529.jpg]
ini lah gadis follower ke-100 Thanks Lyana Izzaty Zaini <3

So at the mean time nak promote blog akak nih.:))) Ramai2 follow k... 

akak nih awal2 dah psang lagu raya..semangat Aidilfitri :))

apa2 pun terima kasih follower..love ya!!!!

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah

sesiapa yang nak join click this image :))


Hari ini hamba nak terlibat dengan one of the segmen chaired by Anif Abdullah. Memandangkan follower hamba tak sampai pun 100 lagi (at the present masa hamba write entry ni) so saja nak menambah teman2 ni. 
  
ok kena tulis nama and hobby:

Nama : MUHAMMAD HAFIZZAL SHUAEB
Hobi : MENYANYI

Sesiapa nak join kena cepat2:
Tarikh Tutup : 22 OGOS 2011

LONDON riots MALAYSIAN victim!!!

Memang sakit hati lah tengok orang2 ni. Mula fikirkan tengok orang sakit dia nak tolong, last2 merompak mangsa. Apa punya perangai lah :(( 




Khabarnya lah kan:
*London Riots ini tercetus bila mana pihak polis, yang berbalas tembakan dengan Hooligans group (nama group ni tak confirm), tertembak seorang budak or remaja (tak pasti).
*Orang ramai ambil kesempatan atas kejadian ini untuk adakan riots. Rompakan. Pergaduhan. Bakar kenderaan.
*Asyraf Haziq (nama mangsa) baru saja sebulan datang London.
*Asyraf pada masa ini dalam perjalanan nak beli barangan berbuka puasa tapi dugaan menimpa apabila dia menjadi mangsa keadaan.
*Dia patah gigi and rahang. And sedang dirawat di sebuah wad sekitar London.

sumber : Pelajar Malaysia di London (rakan mangsa) yang menceritakan kepada pelajar2 lain yang sedang bercuti di Malaysia.



wallahualam
p/s ; maaf kalau2 ada tersalah infomation kerana infomation in sampai melalui telefon kepada seorang senior hamba(student LSE yg ada di Malaysia sekarang)

newly discovered :))

9 Ogos aka 9 Ramadhan..

Selepas 9 hari, barulah hamba berpeluang nak menyelongkar bazaar dekat area Damansara ni. Biasalah orang baru. Baru nak bertatih dekat tempat orang ni. Credits to Abang Ikmal and gang because bawa hamba jejakkan kaki di bazaar for the first time :))

Hamba pun tak tahu apa nama Bazaar tu. Tapi what hamba know is, it is situated in TTDI near to the new Sinaran TTDI building. Hamba sebenarnya teringin nak makan Lompat Tikam tapi unfortunately tak ada :'(( Huhuhu.
Apa yang dibeli: 
*Lychee Pudding 
*Berry Bread Pudding 
<entah betul ke tak nama nya>

Agak-agak dah dekat nak berbuka cari port berbuka. And the choosen one is Masjid Ghufran (hopefully ejaan betul). In Mutiara Damansara. First impression, hamba was like; "wow!". Nice. Siap ada hotel dekat tingkat atas2. Hahah :))

Mini berbuka. Hahah. Bubur lambuk+air teh+kurma! Then solat maghrib :))

Banyak nya nasi abang ni. Lapar ye :)) Quite sedap la makanan dekat sini. Yang penting, kalau tak cukup boleh  mintak tambah :p

Suasana tempat makan nya. Mewah sungguh. And romantic. Hahah.
Syokkkk! Dapat teroka tempat2 baru. Especially tempat berbuka free and sedap :)))
 Thanks from the bottom of my heart to Abang Ikmal and friends :D  
<mood mem-bodek so esok lusa boleh bawa hamba jalan2 lagi>


p/s : sorry gambar tak berapa nak cun lah. tak guna DSLR punn :'(

Monday, 8 August 2011

kisah tidak berjudul/part 3


Setahun lagi telah berlalu, maknanya aku semakin hampir dengan final exam. Tidak sabar rasanya untuk menamatkan perjalananku ini. Sudah tahun keempat aku di sini. Tampaknya kali ini aku dapat merasakan perubahan dalam diriku. Aku mula berusaha lebih gigih dengan bantuan Jay dan aku merasakan ini kali pertama aku begitu serius melakukan sesuatu. Apa tidaknya, kalau gagal peperiksaan ini maka tidak berbaloi segala apa yang telah aku tempuhi selama 3 tahun lepas.
“Jay, aku ada satu soalan ni,” aku bersuara.
“Apa? Bagi sini aku tengok soalan tu,” balas Jay yang ternyata begitu khusyuk membuat revision.
“Soalan ni tak masuk exam pun lah. Senang saja. Jawab ok," manja saja suaraku.
“Tak penting. So, aku malas nak jawab,”jawab Jay bersahaja.
Aku terus menutup buku Jay. “Kau ni aku tengok asyik menghadap buku saja. Tak teringin ke nak ada pacar? Kau tengok tu. Seronok aku tengok,” sambil menuding jari ke arah sepasang kekasih yang sedang buat revision bersama.
“Mengarutlah. Tunggu lah dulu. Aku masih muda lah. Aku nak belajar dulu,” balas Jay lemah tapi dari riak wajahnya dia tampak berminat.
“Apa kata kau tackle Kate,”cadangku.
"Stop it man! Tak mungkin lah dengan Kate," Jay mengukir senyum. 
Aku merasakan mereka sepadan. Sama cantik sama lawa.
Attention to all final year students, there will be a party held a week before the final exam. To get more information you can refer to Students Comittee’s Board.” 
Annual event. Aku sebenarnya tiada mood nak pergi memandangkan peperiksaan sudah makin hampir. Tapi terpaksa jua aku pergi memandangkan itu kali terakhir kami dapat berkumpul ramai-ramai sebelum masing-masing ambil hala sendiri.
Seminggu sebelum peperiksaan, aku bangun agak lewat pada pagi itu. Hatiku kurang senang. Entah kenapa. Mataku berat saja untuk dibuka. Terasa begitu malas untuk aku meninggalkan katilku. Jay ternyata sudahpun pergi ke majlis itu lebih awal.
Aku membersihkan diri secepatnya. Mengenakan baju Polo berserta jeans Levi’s sebelum bergegas menjamah sarapan. 
Aku membuka pintu kereta Myviku dan memendu selaju mungkin. Aku berharap supaya tidak terlepas apa-apa yang menarik. Sepanjang perjalanan, kepalaku asyik berfikir saja. Terasa seperti melayang. Memandangkan semua pelajar tahun akhir dijemput jadi aku mengharapkan Lily turut bersama.
Entah kenapa aku asyik terfikirkan dia saja. Mungkin aku merasakan ini masa yang sesuai untuk aku berlaku jujur dengan Lily. Ternyata usaha untuk melupakan Lily hanya sia-sia. Manakan tidak. Setiap hari aku terserempak dengannya. Di kafe. Di perpustakaan. Aku bertekad untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini.
Sebelum tiba di hotel aku telah memutuskan untuk memberanikan diri berhadapan dengan dia.
“Tiada sesiapa yang boleh halang aku kali ini. Dah bertahun aku pendam. Kali ini aku takkan lepaskan peluang. Aku nekad,” luahku seorang diri. Ternyata perasaanku tidak dapat dilawan lagi.
Setiba di hotel. Aku terus bergegas ke Dewan Hotel Legend memandangkan parti sudahpun bermula. Kakiku melangkah laju. Hatiku asyik berbisik menghalang keputusanku tadi. Walaupun aku tahu Jay pasti tidak bersetuju dengan keputusanku.
Ketika aku membuka pintu dewan, ternyata ada beratus-ratus orang di sebaliknya. Mataku melilau mencari Lily. Agak sukar untuk aku menangkap wajah Lily dalam ratusan orang pada ketika ini. Tambahan dengan bunyi muzik yang kuat membuatkanku sedikit tertekan.
Dalam kesibukan orang ramai itu, aku terasa bagai bahuku dipegang seseorang.
“Lily?”bicaraku sendiri.

Bersambung lagi...

Hahah..Hopefully ada yang minat dengan penulisan ala kadar hamba ni. And for those yang follow hamba really appreciate that. Love u'alls~


-Peace Beb-

eh,,kejap..kenapa awak pilih Dia? :'(

ini perbualan antara "Aku" dan "Awak".....

aku : kenapa Awak ini?
awak : apa ni Aku, Awak rimas lah!
aku : dah tak sayang Aku lagi ke?
awak : memang Awak dah tak sayang Aku lagi. sebab Awak dah ada Dia.
aku : apa? <terkejut> siapa Dia? sampai hati Awak. <sedih tapi marah>
awak : Dia lah. Awak sayang Dia sangat2. tiap2 masa Awak ingat Dia.
aku : Awak ingat Aku ni apa? Aku ingat Awak tiap2 masa tau! <marah lagi tapi sedih dah kurang>
awak : Dia dengan Aku jauh beza.  sebab tu Awak sayang Dia lebih dari Aku.
aku : siapa Dia? baik bagi tau Aku. baru lah Aku tahu hebat sangat ke Dia tu!!! <gerammm!>
awak : Allah. Aku boleh lawan?? <senyum and pergi>
aku : ......................................... <speechless>


:)))


Dia Satu-satunya : Sayangi Dia kerana pasti Dia akan menyayangi Awak <3

Sunday, 7 August 2011

SSDS#1(Adele-Rolling In the Deep)

Start a new series of posting. Same song but different style (covers of the original one). First to come is my favourite song, Rolling In the Deep originally by UK singers Adele~

My favourite singer! Adele rules with Rolling In the Deep!

Linkin Park really make it theirs~

Sam Tsui made a tried on this song!

One of my favourite flavour for this song. And Haley my only IDOL.!!

Three different style of singing a song. Which one is the best? I would choose Haley for sure!

Hamba rasa mmang nyanyi different dari Adele and she give such flavour to that song!

Wednesday, 3 August 2011

kisah tidak berjudul/part 2


“Adoi! Aku tak paham betul dengan Si MC ni. Ni dah OK dah,” rungutku seorang diri.
Entah kenapa Madam Carrie tak terima assidnment aku ini. Aku rasa sudah baik tapi itulah nak juga ikut standard dia.
“Hoi tidurlah. Yang engkau belek- belek assignment tu buat apa? Tak payah fikirkan sangat. Nanti aku tolong,” tiba-tiba Jay bersuara. Jay juga rakan sebilikku. Jadi tak hairanlah kalau kami ini sangat rapat.
Aku mencampakkan assignment  aku ke dalam tong sampah sebelum ke tandas untuk membasuh muka.
“Wahai Lily hadirlah kau dalam mimpiku,” bisikku sendirian.
“Apa berangan lagi tu! Tidur,” sampuk Jay.
“Berangan sikit pun salah ke?” bicaraku sebelum aku memejamkan mata.
Dua minggu berlalu seperti biasa. Aku bangun lewat setiap pagi. Sarapan pun sekali sekala. Bilik aku biarkan bersepah-sepah. Biasalah anak bujang. Pergi tengok wayang sampai tengah malam. Menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan. Itulah hidupku. Aku lebih suka berseronok daripada duduk menghadap buku dan assignment.
Melihatkan Madam Carrie tiada dalam pejabat aku terus meluru ke arah mejanya untuk menghantar tugasan yang terpaksa aku ulang tempoh hari. Sebelum sempat menghela nafas, aku terus berlalu meninggalkan pejabat.
“Apalah yang nak jadi lepas ni? Harap- harap dia terimalah assignment aku tu,” suara hatiku berbicara. Agak risau juga aku kalau terpaksa ulang lagi tugasan itu.
“Nak ke mana cik abang? Tak sempat nak tegur aku nampak,” aku dengar suara Jay dari belakang.
“Aku nak ke kafe ni. Tadi tak sempat sarapan,” balasku.
Sedang asyik aku menikmati sarapan sendirian, tiba- tiba sesuatu yang tak diduga berlaku. Lily duduk betul- betul bersebelahan mejaku. Kaku. Mataku tak boleh berhenti merenung Lily. Setiap suapannya begitu mempersonakan. Aku dapat merasakan dia sedang membicarakan sesuatu yang lawak denganKate sebab aku dapat melihat dia tersengih. Tapi bila Kate mengatakan sesuatu dia terus tersipu- sipu.
“Ops! Boleh aku duduk sini? Lagipun kafe dah penuh ,” terjah Diddy rakan sekuliahku sebelum duduk di mejaku. “Kejap. Siapa yang kau pandang ni?” soal Diddy sebelum dia menoleh. Nasib baik Lily dan Kate sudah beredar.
“Tak kesahlah siapa. And yang pentingnya kau dah menghalang pemandangan aku. Sudah makan saja lah,” balasku sebelum meninggalkan meja tadi.
Aku beritahu Jay apa yang berlaku di kafe tadi. Tapi aku merasakan yang Jay buat- buat tak dengar. Sepanjang perjalanan kami ke bilik Jay hanya mampu senyap. Agaknya dia sudah bosan melayan kegilaanku ini. Sebelum sempat masuk ke asrama Jay mula bersuara.
“Zach. Aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi aku nak kau cuba imbas balik masa kau broke dengan Zie 2 tahun dulu. Kau pernah janji dengan diri kau kononnya kau takkan bercinta lagi. Bukan apa, aku cuma tak nak perkara yang sama berulang dan terpaksa lalui saat- saat gelap itu lagi,” nasihat Jay. Setelah lama memendam akhirnya dia meluahkannya.
Aku hanya mampu mendengar dan aku merasakan semua yang Jay katakan itu ada benarnya.

p/s : Sambungan Part 1 hari tu...Sorry lah kalau2 this story tak sehebat mana.......Thanks for reading this~
Especially to NOVIN CHAI yg tunggu part 2 nih!!!


SAS terbaikkkkkk.!!

Syukur hamba dapat selesaikan 2 hari puasa. Actually this my first time hamba puasa dekat tempat orang. Bandar Utama. Tapi for hamba tetap best walaupun not as same as the experience in my previous school. Apa2 pun, it's compulsory for every Muslims wherever we are!!! Tapi one word yg hamba boleh describe as coclusion is SAS memang best!!!

What SAS stands for???

 Is it Sekolah Alam Shah??
 
No...No...No...Absolutely NOT~

It's actually stands for Surau As-Syakirin (SAS). Hahaha~ The only surau in the residential area dekat BU ni. Dekat sini lah hamba and geng buat terawih.

Kenapa hamba cakap SAS terbaik??

Macam hotel seh makanan2 buka. Mengenyangkan~
:p

Buka, buka jugak. Tapi jangan lupa baca doa!!!!

1st...Makanan berbuka, moreh free and sedap and banyak.

Ramai juga yang terawih jemaah dekat surau ni. Khusyuk2~
:D

Lagi ramai sebenarnya yg dah balik. Hamba tangkap gambar ni masa rakaat 19-20.
Majoriti sampai 8 saja (termasuk hamba)...

2nd....Pak Imam baca best walaupun 20 rakaat.



3rd...Most importantly dapat jumpe Rahim Maarof and sembahyang sebelah Fahrin Ahmad!!!

p/s : Sorry gambar Rahim Maarof and Fahrin Ahmad takda. Tapi jangan risau ini semua kisah benar. Kalau tak percaya datang lah sini. Boleh jumpa diorang tiap2 malam~


Monday, 1 August 2011

susah sangat ke?

SENANG tak nak hidup senang??
SUSAH...
kena kerja kuat, terpaksa tahan penat,

lebih SENANG jadi miskin macam tu, kan??
lagi lah SUSAH...
hidup melarat tepi jalan, jual muka minta sedekah, memalukan~

semua pun SUSAH~

macam mana nak jadi pandai??SUSAH ke SENANG??
semestinya SUSAH... 
stay-up siang malam, jadi ulat buku, pergi tuisyen sana-sini,
lain lah kalau dah memang gifted :p

then, jadi orang kurang pandai je lah, SENANG sikit...
siapa kata senang??
SUSAH kau tahu tak,
sanggup tahan kena kutuk dengan cikgu dengan ketidakpandaian yang anda ada??
setiap kali exam dapat red-ink, nak2 sampai rumah mak ayah membebel :D

kenapa semua SUSAH~

penting,
hidup kau SENANG tak??
mana ada orang hidup SENANG lah,
semua nya SUSAH..
nak deal dengan pressure lagi, kalau sakit, masalah personal,
macam-macam masalah!!
SUSAH, SUSAH, SUSAH...

hidup pun SUSAH,
baik tak payah hidup...
jangan macam tu sekali,
TUHAN tak halal kan kita bunuh diri...SUSAH kita nanti~

#There's nothing in this world is as easy as ABC.To achieve something big we must face and deal with all the challenges.
Pepatah Melayu ada mengatakan, "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian"


PEACE yo.!!!
LOL

jangan malas2 study.!!

Wow!!! First day bersahur tuk this year punya Ramadhan. Macam biasalah orang bujang punya juadah sahur : Roti/Biskut + Air Kosong....Hahahaha~

Apa kena mengena sahur dengan post kali ni... Takda kena mengena pun ye. Hamba just teringat that sebenarnya ada someone yang telah uploadkan video hamba dalam YouTube.


But it's not that a video of me covering "Dream On" but a video where hamba taught my classmate for KOMSAS in the most "sempoi" way!!! Specifically this was for the final exam for F4, at that time. Malang nya video tu tak mencapai hit lah. Huhuhuhuhu~


Gila2 punya merapu hamba ini. Enjoy the show. Jangan lupe take note. Walaupun sekarang tajuk ni dah takda dalam syllybus. Hohohoho~

Pesanan hamba : Ingat pesanan orang tua kita,
"jangan MALAS2 belajar, nak"

walau apa cara sekalipun kita mesti belajar!!!