Friday, 18 November 2011

amboi awak, CANTIK nya :)


Assalamualaikum and salam sejahtera to all readers yo.!
*mood : rajin*

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan" - Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi


Alamak awek cun lalu beb !
Phewwitttttttttttttttttttttttt :)

Hahah. Memang dah lumrah lah kan masing-masing nak pasangan yg cantik2. Masing-masing pun nak jadi cantik. No doubt about that. Begitu kurang yg sanggup terima ketidakcantikan. *ada ke perkataan ni ? hahah* Beli baju nak yg cantik. Beli tudung nak yg fashionable, up-to-date. Pilih kereta nak yg stylo2 je. Tapi tafsiran masing-masing pasal cantik ni lain2 lah kan. Bak kata orang putih, Beauty Is In The Eye of The Beholder. *ececeh. berfalsafah*

Pertaining back to the hadith, Allah itu sangat cantik. Dan, Dia juga menggalakkan kita untuk sukakan kecantikan dan menggalakan umat nya berhias. Tapi, Allah amat tidak suka siapa2 yg berlebihan dalam berhias. Konon nak vogue habis lah tu. Hahah. Biasa biasa sudah. Asal bau tak busuk and baju tak kotor. Tak payah nak over, bajet macam kau tu Cleopatra.


Malang nya cantik tu tak kekal lama. *lainlah kalau pakai botox.hahah* Kalau nak cari pasangan jangan lah pandang cantik and body sedap je. Semua tu sementara ! Hahah. Pandang dengan hati bukan ikut telunjuk nafsu ok. *jadi penceramah pon boleh*

Kepada siapa2 yg merasa diri mereka kurang cantik *macam hamba :'( huh* Tak mengapa. Kerna tiap2 ciptaan-Nya itu sempurna. Bukan ku pinta lahir ke dunia, bukan ku pinta cacat beginiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii. *feeling lebih sambil nyanyi2.btw lirik salah kan ?* Kalau soal jodoh ni tak perlu lah risau, Allah dah tetapkan ok. :)

Last but not least, tak guna jugak kalau MUKA lu CANTIK, tapi PERANGAI lu macam SAMPAH.
*emosional pulak. kbai*


Peace yo :D
Rasulullah bersabda, " Allah mengutuk (melaknat) perempuan yang bertatu atau minta di buat tatu, yang mencukur alis dan mereka yang meminta dicukur alis mereka, perempuan yang membentuk giginya agar kelihatan cantik dan mereka yang mengubah ciptaan Allah" - Hadis riwayat Thabrani dan Ibnu Mas'ud 

1 comment:

  1. semua org sukakan kecantikan kan..

    awk2..mintak tlg ye kalau x mnyusahkan..
    http://queeninthecastle.blogspot.com/2011/11/samsung-galaxy-note-please-come-to-mama.html

    ReplyDelete