Wednesday, 5 October 2011

siapa kawan kau ?!

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Direction.
*Salam 1 Malaysia pon bolehhh :)*

Oh budak2 ! zaman ketidakmatangan :p

Kawan satu frasa yg takkan pernah mungkin lari dari bibir kita. Memang satu keajaiban lah kalau ada yang tak tau maksud kawan. Kalau hamba nak mendefinisikan sendiri tu takut merapu lah pulak. Hahah. Tapi tak apalah , from my side of view lah kan, kawan ini adalah sekumpulan atau seseorang kenalan yang berada dalam lingkungan kehidupan kita dan tidak pula mempunyai hubungan darah. *siapa2 nak exam jangan percaya definisi ini. hahah*

Untuk pengetahuan lah kan, hamba memang akan cepat menitis kan air mata kalau bercerita bab2 famili dan kawan2 ni. Hahah. *macam kelakar kalau laki kuat nangis, tapi apa ada hal ini dunia aku yg pegang* Biasalah tu bagi budak2 SBP *bangga* yang selama hidup ini hanya bergantung pada kawan. Mungkin pada saat itu kawan melebihi kepentingan keluarga itu sendiri. Jadi tak hairanlah kalau segala masalah dikongsi bersama kawan2 dan bukan nya keluarga utamanya.

Bagi hamba, the point where we start to know the real meaning of friends is during our teen years. Sebab pada masa itu lah kita akan bertemu dan berkenalan dengan ramai orang. So do me. *bukan sodomy ye* Hahah.

I remember a quote :
"Semalam kita berkawan kerana kenangan silam. Hari ini kita masih berkawan kerana janji semalam. Esok kita akan terus berkawan kerana hari ini kita saling mendoakan. Hari2 kemudian kita akan terus berkawan kerana esok kita ada azam. Tapi andai esok tiada lagi, kita tetap kawan, kawan selamanya dalam kenangan."
Membina ikatan kawan itu memang mudah. Tapi nak mencari siapa sebenarnya kawan dan siapa lawan itu lah yang menyukarkan. Sudah selalu juga hamba jumpa KAWAN yg MAKAN KAWAN. *takada benda lain nak makan ke?* So far so good lah untuk hamba. Lagipun hamba jenis yg agak choosy dalam berkawan, so semua member2 sekarang memang masyuk lah. Back to the main story, istilah KMK (kawanmakankawan) ni selalu dah hamba tengok dekat FB, Twitter etc. Konon nya si kawan curi pakwa or makwa diorang. Hahah. Rubbish.

Hamba pun pernah merasa jugak. Memang terputus lah ikatan kawan to for months jugak. Dalam masa tu kalau boleh nak je bagi dia makan selipar. *penangan seorang kawan* Tapi lama2 baik balik. Begitu kuat ikatan seseorang yang betul2 menghargai kawan kan, SEBESAR MANA PUN PERTELINGKAHAN ITU PENGHUJUNG NYA MEREKA PASTI BERBAIK. Tapi hanya masa yg menentukan.

Sorry muka sangat huduh :p LOL

Ada jugak KAWAN yg MEMPERGUNAKAN KAWAN. For instance, orang yg kaya2 dan cantik2 lah jadi mangsa. Mereka2 ini akan didekati semata-mata untuk mendapatkan kesenangan, populariti dan pengaruh. Bila dah dapat apa yang diingini dan rasa si cantik/kaya ni tak diperlukan mulalah si dia ni menabur fitnah. Konon nak menjatuhkan si cantik ni. Itulah realitinya. Dan hamba pernah lihat dan mendengar nya sendiri. Pathetic ! *fyi i'm a good listener and motivator too. hahah*

Hamba rasa cukup buat masa sekarang. Kata-kata akhir, pilihlah teman sebagai mana kamu memilih pakaian, kamu pasti akan memilih yang terbaik bersesuaian dengan kemampuan sendiri. Bak kata mak, kawan yang sebenarnya kawan tak melihat pada kekayaan atau kelebihan, tapi melihat dari sudut keikhlasan dan adab kita sendiri. Berkawan biar beribu. Bersahabatlah kerana Allah s.w.t :)


Hebat boleh pasang sampai 9 tuuu ! Hahah


"Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya" - Riwayat Abu Daud
"Doa seorang sahabat kepada sahabatnya yang lain kerana Allah dalam tempat yang berjauhan diterima Allah" - Riwayat Muslim
"Dimanakah orang2 yang berkasih-sayang kerana kemuliaan-Ku pada hari ini, Aku perlindungi mereka di bawah naungan-Ku pada hari tiada lagi naungan kecuali nanungan-Ku" - Riwayat Muslim

Sampai sekarang kalau hamba nak keluar rumah dengan kawan2 mak mesti tanya
"Siapa kawan kau ?"

2 comments:

  1. sipemalas oi...dari semilan tu kono pilih ompek yo ! susah na nak pilih :p

    ReplyDelete