Sunday, 16 October 2011

bila bicara bermula.


Assalamualaikum and a great day wish for you guys. 
"WORDS AROUSE,
but also WORDS KILL.
WORDS ENLIVEN,
but also WORDS HURT."


RASULULLAH SAW pernah mengumpamakan lidah itu sebagai kunci segala perkara, yakni perkara baik dan buruk. Sabda Baginda kepada Muaz bin Jabal yang bermaksud: “Mahukah engkau aku beritahukan mengenai kunci semua perkara ini? Aku (Muaz) menjawab: Mahu wahai Rasulullah SAW. Lalu Baginda SAW memegang lidahnya dengan berkata: Awas, jagalah ini (lidah) baik-baik. Aku (Muaz) pun berkata pula: Wahai Rasulullah SAW, apakah kami akan dituntut atas tutur kata kami? Lalu Baginda SAW menjawab: Moga-moga Allah peliharakan engkau. Tiada lain yang akan menjerumuskan manusia menerusi muka atau batang hidungnya ke dalam neraka, melainkan tutur katanya sendiri.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)
Setiap bicara kita itu diambil kira. Kalau baik bicaranya, maka baiklah jawapan nya, serta vice versa. Sementara sebahagian kita, tidak tahu apa kah sebenar kekuatan setiap perbicaraan dan tutur kata itu. Merujuk kembali hadis di atas, TUTUR KATA mampu membawa kita ke NERAKA. Jelas terbukti, bibit2 bicara kita itu adalah penentu kepada kesudahan yg baik atau tidak. *insaf hamba.lepas ini cakap kena baik2* Jika baik bicara nya insyaAllah baik ganjaran nya.

"Tiada pedang tajam yg bisa membunuh setajam kata2."
 Orang kata *bukan hamba kata* , bila bercakap tu jangan nak ikut SEDAP MULUT meluahkan je. Hahah. At least fikir lah dulu keadaan sekeliling. Dengan siapa kita bercakap. The key point here is RESPECT. Bila kita hormat seseorang besar kemungkinan kita akan kurang kan sikit lah tahap keceluparan kita itu. Heheh. Orang kata *orang kata lagi,bila hamba pulak nak kata.hahah* CAKAP SIANG PANDANG2, CAKAP MALAM DENGAR2.

On the other hand, kita bercakap eloklah ikut ilmu dalam dada tu. Jangan nak BAJET PANDAI nak cakap benda yg sebenarnya kita sendiri tak tau. Hahah. For instance, budak darjah 5 nak lawan dengan budak F5 pasal Add Math. Memang tak lah kan budak tu nak betul. Heheh. But, itu yg hamba nak tegaskan, ukurlah baju badan sendiri. Bercakap pun kena lah UKUR ILMU di dada. DIAM itu adalah lebih baik. Makin kita bercakap makin BANYAK KHILAF yg kita buat.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau berdiam diri saja.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Guna kan mulut anda sebaiknya. *sorry guys curi gamba mulut*
Hamba rasa cukup lah setakat ni. Sebab takut makin banyak tulis makin banyak khilaf. Hahah. Apa2 pun, teruskan senyum dan teruskan buat orang lain tersenyum. Bicara lah dengan sebaik-baik kata. Kerna itu lah cara menghargai kurniaan-Nya. *banyak2 zikrullah* . What you say is who you are !
Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud: “Jagalah lidahmu kecuali bila berkata baik. Dengan berlaku demikian, engkau mengalahkan syaitan.”
Peace Yo ! 

p/s : entry yg paling lama hamba tulis..:D

No comments:

Post a Comment