Monday, 26 September 2011

kisah tidak berjudul/part 5


Malam itu aku tidak mampu lelapkan mata. Akalku bagai kan menolak logiknya pemergian Lily. Persis dunia ini sudah berakhir bagiku.
Air mataku mengalir lagi. Hati lelaki apakah ini ?
 “05.54 pagi.” Aku masih mengenangkannya.
 Aku terdengar sayup-sayup azan Subuh berkumandang. Entah kenapa hatiku ini tersentuh. Air mataku berlinangan. Ternyata hatiku semakin tenang mendengar laungan keramat itu. Diriku bagai diajak untuk sama-sama menyahut seruan itu. Jarang-jarang aku mendirikan sembahyang. Mungkin ini penyelesaian di atas segala apa yang terjadi.
Badanku lemah bangkit dan terus melangkah ke tandas. Perlahan aku memutar kepala paip sambil mataku merenung setiap titisan air yang tidak putus-putus. Tanganku menadah untuk mengambil wuduk. Dingin air itu memang begitu menyegarkanku.
 Aku menghampar sejadah di tengah-tengah bilikku. Perlahan-lahan tanganku mengangkat takbir lantas menyudahkan sembahyang Subuh dua rakaat. Ternyata hatiku terusik tiap kali aku membaca baris-baris kalimah Allah. Aku tak mampu membendung air mataku lagi. Ia terus menitis.
 “Zach, syukurlah. Ternyata dugaan ini membawa kau dekat dengan Tuhan,”ucap Jay dalam seakan jelas dan tidak saja.
Aku berasa lebih tenang pada pagi itu. Walaupun begitu bayangan Lily masih menghantui. Aku agak malas untuk menghadiri kuliah kerana aku tahu aku takkan mampu menumpukan perhatian pada pelajaran hari ini.
 Riiiiiiiinnggg!Telefonku berdering.
 “Zack, kenapa kau tak datang kuliah? Minah Salleh tu dah macam orang gila marahkan kau. Dahlah hari ini kau kena hantar assignment . Kau lupa?” aku dengar suara Jay melalui pembesar suara telefonku.
 Baru aku teringat. Aku tiada pilihan. Aku memandu perlahan sampai ke kampus. Begegas aku menghantar tugasan itu. Takut-takut Si MC itu perasan aku hantar lewat.
 Sebelum sempat aku melangkah masuk ke dalam keretaku, kedengaran satu suara menjerit menyapaku.
 “Zack, kau nak pergi mana tu? Kate nak jumpa kau di taman. Katanya ada benda dia nak tunjuk,”tutur Jay tergesa-gesa.
 “Hai Zack.  I’m Kate. Sebenarnya saya nak tunjukkan ini pada awak. Ini Lily punya. Tengoklah,” Kate bersuara sebaik saja aku sampai di taman.
 Buku nota merah jambu Kate hulurkan padaku. Tapi kenapa?
 Aku menyelak satu persatu helaian buku nota itu. Ini milik Lily. Sekali lagi air mata lelaki ini gugur lagi.
 “Apakah ini.....” aku terkedu.


p/s : After almost a month hamba tak continue novel yg tergantung dulu. Sorry. Actually dah banyak siap just perlu last editting. Tunggu sambungan PART 6 ye !

No comments:

Post a Comment