Thursday, 25 August 2011

tengah buat lah ni !

Pakcik Ali sedang duduk berehat bawah pokok kelapa menghadap lautan yang luas lagi damai nan indah ! Tiba-tiba dia didatangi Pakcik Abu.

Abu : Ali jom lah kita ke laut ! Cari ikan.
Ali : Malas lah. Buat apa ?
Abu : Cari ikan lah. Kalau dapat boleh beli bot besar sikit.
Ali : Bot besar sikit ? Buat apa ?
Abu : Kalau bot dah besar senang nak pergi laut dalam sikit.
Ali : Laut dalam pulak. Buat apa ?
Abu : Laut dalam dapat banyak sikit ikan.
Ali : Ikan banyak pun nak buat apa ?
Abu : Boleh jual. Dapat duit lebih boleh upah pekerja sendiri.
Ali : Dah tu ?
Abu : Ramai pekerja banyak lah hasil kita dapat. Banyak hasil banyak lah duit nya.
Ali : Duit lagi. Buat apa ?
Abu : Duit banyak boleh lah tukar rumah baru. Pasang air-cond ! Boleh kita relax2 lepas tu.
Ali : Aku tengah relax lah ni !
Abu : *wondering !

Pakcik Ali terus lelapkan mata sambil ditemani deruan ombak yang menghempas pantai. Pak Abu masih di situ memikirkan apa kah maksud perbualan mereka.

*tolonglah Pak Abu untuk memahami perbualan diorang tadi !
Hahahahah

PEACE


No comments:

Post a Comment