Monday, 15 August 2011

kisah tidak berjudul/part 4

“Hoi! Lily apa bendanya. Ini akulah, Jay. Berangan lagi kawan aku ni,” Jay bersuara. Ternyata mendengar suara Jay sedikit menghampakanku.
“Terkejut akulah. Mana ada berangan. Spontan,”balasku sambil cuba menyembunyikan kenyataan sebenarnya.
“Tak kesahlah. Kenapa kau lambat? Puas aku kejut kau tadi. Lagipun kau dah terlepas persembahan hebat tadi. Yuna ada. Hujan. Tak apa yang penting kalau belum terlepas tengok persembahan Band Diddy. Dia kata dia tujukan khas tuk kita semua. Mesti seronok punyalah,”terang Jay panjang lebar.
Aku tak menghiraukan kata-kata Jay kerana aku sedang memikirkan benda yang lebih penting. Hatiku gusar lalu beredar meninggalkan Jay. Walaupun agak biadap tapi aku tak boleh berlengah lagi.
“Hei! Zack! Kau dengar apa aku cakap ke? Siapa yang kau nak jumpa sangat ni? Zie? Takkan kau tak tahu. Dia dah ada bf  baru lah! Tapi jom cari makanan dulu, aku laparlah. Makanan kat sini semua sedap- sedaplah, ” kata-kata Jay dalam nada yang agak menjengkelkan. Aku dapat merasakan dia kurang selesa dengan perlakuanku tadi.
Aku menoleh. Merenung tepat ke mata Jay.”Jay, aku rasa aku dah buat keputusan. Hari ni aku nak terangkan segalanya dekat Lily. Dan aku harap kau tak menghalang.”
Aku menarik muka lalu meneruskan pencarianku. Penat juga ku mencari. Tak juga aku jumpa. Di mana Lily. Tak mungkin dia tak datang. Kate pun tak kelihatan.
“Hello guys,” aku terdengar suara Kate melalui pembesar suara. Aku mencari dan kelihatan Kate di atas pentas sambil teresak-esak.
I know that you are enjoying yourselves but  I’ve got something to tell. Maybe it will be a little hard,”terang Kate dengan nada perlahan.
“Apa yang Kate nak cakap ni?”bicaraku sendirian sambil mencari ruang untuk mendapatkan pandangan lebih jelas.
Actually it’s...about Lily. She met up an accident on her way here. And....she just couldn’t make it. She...she left us,”jelas Kate sambil menitis air mata sebelum Diddy menenangkannya.
Aku tergamam. Senyap dan sunyi seketika dewan itu. Kaku. Aku merenung Kate dan seterusnya Jay. Aku seakan tidak mampu mempercayainya.
Jay mendekatiku. Dia faham perasaanku. Kate turut bersama. Cuba menenangkan aku. Aku tahu menangis di khayalak memang sesuatu paling teruk pernah aku lakukan. Tapi aku tak mampu menahan air mataku terus mengalir.
Pada saat itulah semua orang tahu betapa aku memendam perasaan terhadap Lily.
“Jay kenapa? Kenapa mesti malam ini?”acap kali aku mengulanginya. Mereka hanya membisu.
Aku dapatkan rasakan sesuatu. Hatiku berbisik. Tapi itu tak mungkin.



Terus akan bersambung :)))

No comments:

Post a Comment