Monday, 8 August 2011

kisah tidak berjudul/part 3


Setahun lagi telah berlalu, maknanya aku semakin hampir dengan final exam. Tidak sabar rasanya untuk menamatkan perjalananku ini. Sudah tahun keempat aku di sini. Tampaknya kali ini aku dapat merasakan perubahan dalam diriku. Aku mula berusaha lebih gigih dengan bantuan Jay dan aku merasakan ini kali pertama aku begitu serius melakukan sesuatu. Apa tidaknya, kalau gagal peperiksaan ini maka tidak berbaloi segala apa yang telah aku tempuhi selama 3 tahun lepas.
“Jay, aku ada satu soalan ni,” aku bersuara.
“Apa? Bagi sini aku tengok soalan tu,” balas Jay yang ternyata begitu khusyuk membuat revision.
“Soalan ni tak masuk exam pun lah. Senang saja. Jawab ok," manja saja suaraku.
“Tak penting. So, aku malas nak jawab,”jawab Jay bersahaja.
Aku terus menutup buku Jay. “Kau ni aku tengok asyik menghadap buku saja. Tak teringin ke nak ada pacar? Kau tengok tu. Seronok aku tengok,” sambil menuding jari ke arah sepasang kekasih yang sedang buat revision bersama.
“Mengarutlah. Tunggu lah dulu. Aku masih muda lah. Aku nak belajar dulu,” balas Jay lemah tapi dari riak wajahnya dia tampak berminat.
“Apa kata kau tackle Kate,”cadangku.
"Stop it man! Tak mungkin lah dengan Kate," Jay mengukir senyum. 
Aku merasakan mereka sepadan. Sama cantik sama lawa.
Attention to all final year students, there will be a party held a week before the final exam. To get more information you can refer to Students Comittee’s Board.” 
Annual event. Aku sebenarnya tiada mood nak pergi memandangkan peperiksaan sudah makin hampir. Tapi terpaksa jua aku pergi memandangkan itu kali terakhir kami dapat berkumpul ramai-ramai sebelum masing-masing ambil hala sendiri.
Seminggu sebelum peperiksaan, aku bangun agak lewat pada pagi itu. Hatiku kurang senang. Entah kenapa. Mataku berat saja untuk dibuka. Terasa begitu malas untuk aku meninggalkan katilku. Jay ternyata sudahpun pergi ke majlis itu lebih awal.
Aku membersihkan diri secepatnya. Mengenakan baju Polo berserta jeans Levi’s sebelum bergegas menjamah sarapan. 
Aku membuka pintu kereta Myviku dan memendu selaju mungkin. Aku berharap supaya tidak terlepas apa-apa yang menarik. Sepanjang perjalanan, kepalaku asyik berfikir saja. Terasa seperti melayang. Memandangkan semua pelajar tahun akhir dijemput jadi aku mengharapkan Lily turut bersama.
Entah kenapa aku asyik terfikirkan dia saja. Mungkin aku merasakan ini masa yang sesuai untuk aku berlaku jujur dengan Lily. Ternyata usaha untuk melupakan Lily hanya sia-sia. Manakan tidak. Setiap hari aku terserempak dengannya. Di kafe. Di perpustakaan. Aku bertekad untuk meluahkan apa yang terpendam selama ini.
Sebelum tiba di hotel aku telah memutuskan untuk memberanikan diri berhadapan dengan dia.
“Tiada sesiapa yang boleh halang aku kali ini. Dah bertahun aku pendam. Kali ini aku takkan lepaskan peluang. Aku nekad,” luahku seorang diri. Ternyata perasaanku tidak dapat dilawan lagi.
Setiba di hotel. Aku terus bergegas ke Dewan Hotel Legend memandangkan parti sudahpun bermula. Kakiku melangkah laju. Hatiku asyik berbisik menghalang keputusanku tadi. Walaupun aku tahu Jay pasti tidak bersetuju dengan keputusanku.
Ketika aku membuka pintu dewan, ternyata ada beratus-ratus orang di sebaliknya. Mataku melilau mencari Lily. Agak sukar untuk aku menangkap wajah Lily dalam ratusan orang pada ketika ini. Tambahan dengan bunyi muzik yang kuat membuatkanku sedikit tertekan.
Dalam kesibukan orang ramai itu, aku terasa bagai bahuku dipegang seseorang.
“Lily?”bicaraku sendiri.

Bersambung lagi...

Hahah..Hopefully ada yang minat dengan penulisan ala kadar hamba ni. And for those yang follow hamba really appreciate that. Love u'alls~


-Peace Beb-

No comments:

Post a Comment