Wednesday, 3 August 2011

kisah tidak berjudul/part 2


“Adoi! Aku tak paham betul dengan Si MC ni. Ni dah OK dah,” rungutku seorang diri.
Entah kenapa Madam Carrie tak terima assidnment aku ini. Aku rasa sudah baik tapi itulah nak juga ikut standard dia.
“Hoi tidurlah. Yang engkau belek- belek assignment tu buat apa? Tak payah fikirkan sangat. Nanti aku tolong,” tiba-tiba Jay bersuara. Jay juga rakan sebilikku. Jadi tak hairanlah kalau kami ini sangat rapat.
Aku mencampakkan assignment  aku ke dalam tong sampah sebelum ke tandas untuk membasuh muka.
“Wahai Lily hadirlah kau dalam mimpiku,” bisikku sendirian.
“Apa berangan lagi tu! Tidur,” sampuk Jay.
“Berangan sikit pun salah ke?” bicaraku sebelum aku memejamkan mata.
Dua minggu berlalu seperti biasa. Aku bangun lewat setiap pagi. Sarapan pun sekali sekala. Bilik aku biarkan bersepah-sepah. Biasalah anak bujang. Pergi tengok wayang sampai tengah malam. Menonton perlawanan bola sepak bersama rakan-rakan. Itulah hidupku. Aku lebih suka berseronok daripada duduk menghadap buku dan assignment.
Melihatkan Madam Carrie tiada dalam pejabat aku terus meluru ke arah mejanya untuk menghantar tugasan yang terpaksa aku ulang tempoh hari. Sebelum sempat menghela nafas, aku terus berlalu meninggalkan pejabat.
“Apalah yang nak jadi lepas ni? Harap- harap dia terimalah assignment aku tu,” suara hatiku berbicara. Agak risau juga aku kalau terpaksa ulang lagi tugasan itu.
“Nak ke mana cik abang? Tak sempat nak tegur aku nampak,” aku dengar suara Jay dari belakang.
“Aku nak ke kafe ni. Tadi tak sempat sarapan,” balasku.
Sedang asyik aku menikmati sarapan sendirian, tiba- tiba sesuatu yang tak diduga berlaku. Lily duduk betul- betul bersebelahan mejaku. Kaku. Mataku tak boleh berhenti merenung Lily. Setiap suapannya begitu mempersonakan. Aku dapat merasakan dia sedang membicarakan sesuatu yang lawak denganKate sebab aku dapat melihat dia tersengih. Tapi bila Kate mengatakan sesuatu dia terus tersipu- sipu.
“Ops! Boleh aku duduk sini? Lagipun kafe dah penuh ,” terjah Diddy rakan sekuliahku sebelum duduk di mejaku. “Kejap. Siapa yang kau pandang ni?” soal Diddy sebelum dia menoleh. Nasib baik Lily dan Kate sudah beredar.
“Tak kesahlah siapa. And yang pentingnya kau dah menghalang pemandangan aku. Sudah makan saja lah,” balasku sebelum meninggalkan meja tadi.
Aku beritahu Jay apa yang berlaku di kafe tadi. Tapi aku merasakan yang Jay buat- buat tak dengar. Sepanjang perjalanan kami ke bilik Jay hanya mampu senyap. Agaknya dia sudah bosan melayan kegilaanku ini. Sebelum sempat masuk ke asrama Jay mula bersuara.
“Zach. Aku faham perasaan kau sekarang ni. Tapi aku nak kau cuba imbas balik masa kau broke dengan Zie 2 tahun dulu. Kau pernah janji dengan diri kau kononnya kau takkan bercinta lagi. Bukan apa, aku cuma tak nak perkara yang sama berulang dan terpaksa lalui saat- saat gelap itu lagi,” nasihat Jay. Setelah lama memendam akhirnya dia meluahkannya.
Aku hanya mampu mendengar dan aku merasakan semua yang Jay katakan itu ada benarnya.

p/s : Sambungan Part 1 hari tu...Sorry lah kalau2 this story tak sehebat mana.......Thanks for reading this~
Especially to NOVIN CHAI yg tunggu part 2 nih!!!


No comments:

Post a Comment