Monday, 25 July 2011

kisah tidak berjudul/part1


Itu dia. Sungguh cantik. Dia berjalan di hadapanku. Ya Tuhan. Begitu indah ciptaanMu. Setiap langkahnya sungguh tertib. Aku terkejut dan kaku di situ. Memang sungguh cantik. Entah kenapa tiap kali aku lihat mukanya aku rasa sungguh tenang. Baju merah jambu yang dipadankn dengan jeans membuatkan dia kelihatan begitu manis sekali. Dia beriringan bersama teman karibnya, Kate. Aku merenung setiap geraknya menuju ke Dewan Kuliah sehinggalah pintu itu tertutup rapat. Wow!
“Sampai bila kau nak jadi macam ni? Cukup cukuplah, Zack,” Jay bersuara. “Sampai bila-bila pun dia takkan tahu perasaan kau. Selagi kau sendiri tak bagi tahu dia. Aku rasakan dia ni jenis yang tak minat pasal cinta ni. So, lupa kan saja lah perasaan kau tu. Jom, kita ada kuliah. Nanti mengamuk pulak Madam kau tu.”
Aku hanya mampu mengukir senyuman. Ada betulnya kata-kata Jay itu. Entahlah apa aku peduli. Entah berapa kali Jay asyik ulang ayat yang sama macam tu. Sudah dua tahun rasanya sejak pertama kali aku melihat keanggunan Lily. Tiada tandingan. Aku tak tahu bagaimana nak terangkan betapa cantiknya Lily. Tapi kalau aku terangkan tiada sesiapa yang akan percaya.
“Lily. Lily. Kenapa lah kau cantik sangat?” kataku dalam hati sambil kakiku melangkah ke Dewan Kuliah.
Madam Carrie masuk ke dewan dengan muka yang masam. Menakutkan semua pelajar yang ada. Pintu dewan dihempas dengan kuat sebelum handbag beliau dicampak ke atas meja. Untuk pengetahuan Madam Carrie yang aku gelar MC ini sebenarnya ada masalah menguruskan emosi. Entah macam mana layak jadi pensyarah. Muka beliau ketat saja tak kira masa.
Aku dapat lihat semua students  tunduk seolah-olah sedang berdoa tak mahu jadi mangsa kegilaan MC termasuklah Jay. Aku ketawa sendirian. Inilah kenyataan apabila wanita Inggeris melayan perangai anak- anak Melayu.
“Zachry Amin! I gave you two weeks to complete your research on how parrots can imitate human speech but this what you potrayed? This piece of rubbish! Don’t mess with me young man!’ jerit Madam Carrie sebelum mencampak semua hasil kerjaku ke atas lantai. Memang saat itu aku malu teramat.
Apalah nasibku ini. Memang hidup jadi not-very-intelligent student  ini agak susah. Tapi inilah aku. Aku jenis yang tak suka mengambil kesah kata-kata orang. Kata- kata MC tadi tidak sedikitpun menyakitkan aku. Apa yang aku ingat MC bagi aku lagi dua minggu untuk buat semula assignment ini. Penat. Jay asyik ketawakan aku saja. Apa aku peduli lagipun dia satu-satunya rakan karibku di sini.
“Nasib baik lah kau orang putih. Kalau tak sudah lama aku kerjakan kau,” itu yang terpacul dari mulutku tatkala meninggalkan Dewan Kuliah.
Semua pelajar ketawa. Tak sangka suara aku begitu kuat sampai semua pelajar terdengar.
Why are you laughing guys? Anything fun to share?” Madam Carrie tiba-tiba bersuara dalam nada yang menjengkelkan. Matanya membulat. Semacam dia tahu aku sedang bercakap mengenainya.

part 1 : TAMAT~

No comments:

Post a Comment